Mudahnya jual barang di Carousell
Setelah Zul Ariffin promote habis-habisan cerita J-Revolusi yang sedang ditayangkan di pawagam, Zul Ariffin pun dah jadi Duta Carousell dan sibuk mempromosikan website Carousell di mata masyarakat. Apa itu carousell dan apa kita boleh buat dengan Couresell ? Ianya adalah website jual beli barang yang mana website dia lebih kurang macam Mudah.my cuma aku rasa lebih yakin membeli di Couresell kerana terdapat banyak jualan dari seluruh negeri dalam Malaysia ni samada jualan barang yang baru atau barang terpakai atau disebut sebagai preloved. Jangan biarkan barang-barang lama anda terbiar dalam rumah sampai berhabuk, kalau barang tu masih boleh digunakan dan masih dalam keadaan baik baik korang jual je kepada yang memerlukan. Untung orang lain dapat beli murah dari kita. Ini adalah profile Carousell aku, dah buat lama tapi baru nak aktif baru-baru ni semua disebabkan Zul Ariffin tau ! hahaha. Tapi tengok aku baru jual barang preloved 3 item je, satu tu dah sold out macam goreng pisan...