Macam mana cara nak ambil brim ?
Ok firstly nak ucapkan tahniah kepada semua penerima brim atau BR1M ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ) sebab akhirnya setelah menunggu jawapan daripada website semakan brim tu daripada dalam proses sehinggalah status lulus. Bagi yang tak dapat sebab SSM yang dah viral dan sebagainya bertabahlah mungkin rezeki kita bukan terletak di tangan kerajaan, aku ni dapat pon sebab tengah menganggur sekarang dan takde apa-apa pendapatan.
So adakah korang baru first time menerima brim atau dah pernah dapat tapi tak tahu cara nak ambil brim bagi kelompok 1 tahun 2017 ni ? aku mari nak ajar sikit sebab semalam aku baru ambil brim ni setelah mendapat surat dari posmen minggu lepas. Dalam surat tu ada diisikan maklumat kita dan sekeping baucer sekali. Memandangkan aku ni bujang tak kahwin lagi so dapatlah merasa RM450 dari kerajaan tapi sekali dapat jela kalau orang dah kahwin dapat la RM400 untuk 3 bulan.
Surat brim bagi individu bujang |
Dalam surat tu menyatakan aku kena pergi cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) untuk tebus baucer tu. Dah bagi no akaun masa isi borang pon kena pergi ke BSN lagi tapi nak buat macam mana pergi jela. Esoknya pergi la ke cawangan BSN di Medan Gopeng berdekatan dengan Klinik Pergigian Azira dan Megoplex tu sekali mak aiii ramainya beratur sampai ke 4 kedai sebelah BSN tu maka aku pon berhuhu la tak jadi nak ambil hari tu sebab malas nak beratur.
Then semalam 8/3/2017 aku cadang nak pergi lagi ke cawangan BSN Medan Gopeng tu mana tau kot-kot dah reda ke tak banyak sangat orang beratur sekali datang memang orang yang beratur tu sama dengan minggu lepas hahaha. So aku pon fikir lantak jela karang bila beratur tu sedar tak sedar dah boleh dapat kan chill je la. Masa tengah beratur tu punya la panas tahan jela, sekali Nampak aunty chinese ni dia pegang borang warna putih merah then aku tanya nak kena isi borang dulu ke ? haa dia kata kena masuk dalam ambil borang di kaunter dan minta pada polis bantuan dekat situ. Disebabkan pergi sorang je maka aku pon masuk dalam nak ambil borang, isi nama, kad pengenalan, jumlah bayaran dan no telefon dekat meja situ lepastu beratur la balik sebab takde orang nak jaga barisan tadi.
Kesian wei aku tengok ada yang datang tu dah peringkat warga emas dah bertongkat semua kena pimpin lepastu nak beratur lagi apa la salahnya masukkan duit brim tu ke dalam akaun terus kan senang. Saboo jela makcik…Masa tengah beratur tu ada pakcik ni datang dia cakap pergi lah kat cawangan BSN Meru dekat dengan Mydin Mall Meru tu sebab sana takde orang sangat dan rupanya cawangan BSN kat pekan Ipoh tu dah pindah kat Meru sebab aku dengar polis bantuan tu cerita semalam.
BSN Medan Gopeng |
Masa tengah beratur tu pon dah dekat pukul 4.30 petang bank pon nak tutup dah. Tapat je pukul 4.30 pintu bank ditutup dan orang yang masih ada dalam bank remain je dalam tu sampai la urusan selesai. Ada seorang pekerja BSN ni datang ke setiap orang untuk ambil jap cari belah kiri untuk dicopkan pada borang BSN tu dan juga di Baucer dan surat brim. So beratur punya beratur tibalah giliran aku dan ambil la RM450 dengan senyum leboo hahaha. Lepas dapat brim teros pergi RHB bank untuk masukkan duit dalam akaun, kalau simpan je karang cepat je habis. Ok sampai sini jela nak cerita. Kalau untuk penerima brim kelompok dua pulak aku tak tahu lagi macam mana caranya mungkin lain dari kelompok 1 wallahualam.
Comments
Post a Comment