Mudahnya dengan easyparcel
Pernah dengar tak dengar Easyparcel ? Easyparcel ni merupakan syarikat perantaraan kita dengan syarikat penghantaran yang ada di Malaysia ini seperti Poslaju, SkyNet, Gdex dan sebagainya. Mereka memudahkan kita untuk menghantar barang terutamanya untuk orang yang tidak melanggan dengan Poslaju untuk pickup barang di tempat kita kalau kita ada banyak parcel yang nak dihantar kepada customer ataupun bagi mereka yang tidak mempunyai masa atau kenderaan untuk ke syarikat courier untuk menghantar barang. Dengan easyparcel semuanya mudah dihujung jari anda sahaja.
Aku tahu pasal easyparcel ni pon sebab dari iklan di Facebook, terjumpa then terus PM dorang tahu detail dan teros sign up di website easyparcel.my Untuk melanggan. Yang bestnya bila dah sign up untuk kali pertama kita akan diberi RM25 kredit percuma untuk digunakan sebagai duit untuk bayar jumlah postage barang. Bagi harga postage barang pulak mereka akan caj lebih sedikit sebab mereka hanya medium untuk syarikat kourier ofcoz la ada caj sikit. Disebabkan aku ni ada meniaga online kecil-kecilan dan selalu jual barang preloved dan aku sendiri tidak mempunyai kenderaan untuk ke poslaju yang berdekatan, maka aku memilih untuk mengunakan perkhidmatan easyparcel. Apa yang perlu kita ada hanyalah printer untuk print consignment note nanti. Kalau macam aku yang takde printer ni gigih la pergi kedai print, nanti nak beli printer la senang sikit nak guna easyparcel ni.
Macam mana cara nak guna easyparcel ni ? ok langkahnya mudah sahaja pertama sekali korang perlu SIGN UP akaun di easyparcel.my
Kemudian pilih samada ingin menghantar barang domestik ( dalam Malaysia ) atau pon international ( ke luar negara ) dan masukkan tempat pengirim iaitu anda sendiri berserta poskod.
kemudian masukkan tempat penerima barang beserta dengan poskod
Masukkan jumlah berat barang dan tekan button ' Quote & Book '
Buat pilihan samada ingin pos hari yang sama, scheduled ataupon on demand. Kalau nak pilih same day pastikan anda buat sebelum pukul 12.00 pm ye.
Ini kalau pilih pos same day, lihat tarikh pada paparan berserta dengan harga postage dan tekan button ' book now '
Ini kalau pilih pos scheduled iaitu anda boleh pilih nak pos hari esok, lusa ke atau minggu depan. Lihat tarikh pada paparan berserta dengan harga postage dan tekan button ' book now '
Masukkan kandungan parcel anda contoh 'Dress' dan jumlah 'RM70'
Masukkan alamat anda sebelah kiri dan alamat penerima pada sebelah kanana
Selepas selesai memasukkan alamat, jangan lupa untuk tick agree pada maklumat dibawah ini dan tekan button 'Next Step'
Selepas itu semak kembali maklumat barang yang hendak dihantar pada button sebelah warna hijau dan jika betul tekan button ' Check Out ' untuk pembayaran
Semak jumlah harga yang ditetapkan dan tekan button ' Pay with Credit Now ' jika kredit percuma anda ada baki lagi maka bolehlah guna, jika credit tidak mencukupi so boleh la tambah untuk mendapatkan harga postage yang lebih murah.
Jika sudah membuat pembayaran, boleh la print consignment note. Pastikan anda ada printer di rumah ataupun save dulu consignment note itu dan print kemudian sebelum orang easyparcel datang pick up
Ini adalah contoh consignment note yang telah di cetak dan tinggal untuk save pdf ini dan simpan untuk cetak atau rujukan
Jika sudah print, tekan button 'Ok' dan selesai
Tahniah anda dah berjaya untuk step di atas.
Yeahhh akhirnya berjaya jugak, Tunggu untuk next post macam mana aku print kertas consignment note dan masukkan dalam plastik parcel wrap barang dalam plastik dan tunggu orang easyparcel untuk datang pick up di rumah.
Comments
Post a Comment