Fake braces atau real braces ?


setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis fesyen digayakan oleh budak-budak remaja sampaikan aku pon turut terikut ikut jugak dulu sebab tak berapa nak matang. datang dengan fesyen gaya paling pelik yang dorang ni anggap memang dah style habis la. tetapi yang paling pelik adalah memakai fake braces ? ye pendakap gigi yang palsu atau bukan original yang tidak diiktiraf oleh pakar orthodontic mahupun kementerian kesihatan Malaysia.

takutnya nak pakai benda fake macam ni yang melibatkan kesihatan diri kita, kalau pakai handbag or kasut tak ori ke boleh terima lagi. bagi sesetengah negara di barat pemakaian braces ni dorang di anggap tak cool langsung dan akan digelar budak-budak nerd, tak percaya ? tengok jela cerita-cerita omputeh dekat tv tu..orang yang pakai braces la paling banyak kena buli. tapi bagi negara Asia macam Thailand, Malaysia, Indonesia dan China pemakaian braces tu macam melambangkan kekayaan dan style. 

kenapa ramai remaja sekarang yang nak pakai fake braces ? sebab-sebab utamanya adalah disebabkan kos pemasangan braces yang agak mahal dan mencecah ribuan ringgit mengikut keadaan gigi masing-masing. jika gigi kita dianggap kes kritikal maka lagi banyak la duit yang kita kena keluarkan. antara sebab lain pulak remaja sekarang pakai sebab nak nampak style and nampak gigi mereka lebih menarik dengan warna-warna getah yang bermacam jenis color tu buat diri mereka lebih nampak tertarik padahal gigi dorang elok tersusun je.




fake braces memang senang nak dapat sebab banyak peniaga dan penjual online menjual fake braces mereka di media sosial seperti facebook dan instagram. jika kita lihat memang instashop mereka akan ada banyak sangat follower dari kalangan remaja. terdapat banyak corak getah bulat yang biasa tu sehinggalah corak kartun mickey dan hello kitty dalam pelbagai warna. tak kurang jugak dekat youtube belambak video tutorial on how to wear fake braces.

tapi korang tau tak akibat dan kesannya bila pakai fake braces ni ? haa jangan nak ikut sangat style, apa orang pakai ko pon nak pakai sama, ntah-ntah yang ko nampak orang pakai tu real braces bukan fake braces tak pasal pasal ko yang dapat penyakit. ingat !!! selalunya muka dan gigi akan jadi benda yang pertama kita akan tengok bila nak bercakap dengan orang, kalau ko tak jaga mereka mereka dengan elok mana ko nak cari yang lain ? nak pergi buat pembedahan plastik ? hadap sangat la semua muka fake orang korea yang korang puja puja sangat tu. 

  1. Kudis di mulut
  2. Luka pada gusi
  3. kerosakan pada gigi

dua kesan di atas tu akan terjadi jika kita sebok nak bergaya dengan fake braces sampai lupa yang benda tu adalah benda yang tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia disebabkan terdapatnya plumbum pada wayar braces tu. fake braces akan dipasang oleh pemakainya sendiri dan mungkin akan menyebabkan besi tergelincir ke dalam tekak dan tertelan besi tersebut. erkkk...masih ada rasa nak pakai lagi tak ? Hentikanlah sebelum terlambat. kalau nak pakai jugak sila consider untuk pakai braces yang original daripada klinik atau hospital pakar orthodontic.kumpul duit dari sekarang guys,


menabung la seperti rosmah, 
berhati mulialah seperti najib,
nescaya jumlah duit dalam akaun akan bertambah.


sekian laporan daripada pemakai braces :)





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada