Posts

Showing posts from March, 2017

Main game Pac-Man di Google Maps sempena April Fool 2017

Image
Hari ni tiba-tiba dapat notification dari facebook katanya akaun facebook aku telah di log masuk menggunakan satu apps lain dan siap bagi ip adress orang yang akses akaun tu sekali. Kemudian dengan rasa takotnya pergi check di IP location finder, sekali ip address sendiri daaaa..apalah facebook ni buat orang cuak je. saja aku bukak google maps sebab nak detect longitude dan magnitude tu sekali rumah sendiri yang keluar hahaha. sedar tak sedar dah masuk bulan April 2017 dan harini merupakan hari April Fool, kalau dekat sekolah ni mesti ramai kawan-kawan yang nak kenakan kita dengan tagline " April Foolllll". Tadi masa buka website Google Maps aku ternampak sesuatu yang menarik la, apa dia yang menarik tu ? Ohhh rupanya google maps menyediakan permainan pac-man di mana kita boleh main game ni dan kutip coins. Dah lama tak main game pac-man ni, caranya mudah je korang pergi ke Google Maps website dan tak perlu masukkan alamat pon boleh terus main game ni. Click saja gambar inse

21 grilled Taman Cempaka Ipoh

Image
Hari sabtu macam ni haruslah kita berjalan sikit makan dekat luar ye? Tapi hari ini rasa ingat nak makan bungkus je dekat rumah sebab tengah hari tadi tak makan nasi pon. So destinasi makan kita kali ni ialah ke Restoran 21 Grilled yang terletak di Taman Cempaka Ipoh. Walaupun duduk dekat Ipoh ni tapi baru kali ni berkesempatan nak singgah makan dekat sini. Disebabkan aku ni memang penggemar burger so tapau la burger petang ni. 21 Grilled Ipoh Lokasi dia memang cukup strategik sebab Taman Cempaka ni memang tempat tumpuan bagi student Politeknik Ungku Omar Ipoh ni disebabkan disinilah tempat untuk print, fotostat segala jenis assignment dan project dan disini jugak ada station minyak Caltex. So kalau time pelajar-pelajar ni kaya sikit boleh la singgah 21 Grilled sebab harga dia standard macam kita makan dekat KFC atau McDonald jugak tetapi apa yang istimewanya dekat sini ialah 21 Grilled menyediakan burger gergasi !!! yaaa gergasi dan aku pon dah cuba makan memang sedap rugi kalau tak

Beli barang murah di AliExpress

Image
Mengapa berbelanja di Lazada, Zalora dan sebagainya kalau kita boleh dapat harga barang murah di AliExpress? wahh gituu kan..sebenarnya aku tak tahu pon kewujudan AliExpress sebab yang popular kan website Alibaba, AliExpress jarang dengar. So suatu hari terjumpala website Aliexpress ni dan tengok-tengok harga barang yang dorang tawarkan lebih murah berbanding Lazada. Aku pon apa lagi excited nak beli. Tapi aku tukar currency dia ke dalam dollar $ so pandai-pandai korang convert kan harga dia sendiri ye. Mari kita tengok aku beli apa di AliExpress. AliExpress Sebelum nak membeli di AliExpress pastikan korang ada akaun Paypal mahupun kad debit atau kredit kerana dari segi pembayaran nanti kita kena guna paypal atau kad debit / kredit. Kalau nak murah pos ke Malaysia korang pilih la option free shipping dan sort item mengikut harga dari rendah ke mahal. Aku dah beli tiga item di AliExpress iaitu beg makeup, Silicone brush cleaning makeup dan juga berus makeup.  Beg makeup ni kalau di Laza

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Image
Maybank charge RM8.48 untuk ATM debit / credit card setahun? Kalau meniaga online ni memang selalu akan check online banking untuk lihat transaksi daripada customer kan, so tadi masa tengah cek tengok ada duit kena tolak RM8.48 untuk Debit Advice pada 21 Feb 2017. banyak tu...kena charge gst RM1.60 pun dah rasa banyak inikan pulak RM8.48. Rasanya semalam tiada buat transaksi guna debit card Maybank lepastu macam pelik la duit apa pulak Maybank tolak ni, then bila dah googl e baru tahu kenapa duit kena tolak. Maybank debit advice charge Rupanya kita akan di charge RM8.48 untuk setiap tahun bagi pengguna kad ATM debit / credit card Maybank ni, ini bagi menikmati unlimited cash withdrawal maksudnya untuk setiap 4 kali withdraw dalam setiap bulan adalah FREE dan untuk kali ke 5 berikutnya dalam bulan tu kita akan di charge sebanyak RM0.50 untuk setiap kali withdraw melainkan baki dalam akaun korang ada RM5000 maka tidak dikenakan charge. Maybank charge Memandangkan rakyat Malaysia semua da

Mudahnya jual barang di Carousell

Image
Setelah Zul Ariffin promote habis-habisan cerita J-Revolusi yang sedang ditayangkan di pawagam, Zul Ariffin pun dah jadi Duta Carousell dan sibuk mempromosikan website Carousell di mata masyarakat. Apa itu carousell dan apa kita boleh buat dengan Couresell ? Ianya adalah website jual beli barang yang mana website dia lebih kurang macam Mudah.my cuma aku rasa lebih yakin membeli di Couresell kerana terdapat banyak jualan dari seluruh negeri dalam Malaysia ni samada jualan barang yang baru atau barang terpakai atau disebut sebagai preloved. Jangan biarkan barang-barang lama anda terbiar dalam rumah sampai berhabuk, kalau barang tu masih boleh digunakan dan masih dalam keadaan baik baik korang jual je kepada yang memerlukan. Untung orang lain dapat beli murah dari kita.  Ini adalah profile Carousell aku, dah buat lama tapi baru nak aktif baru-baru ni semua disebabkan Zul Ariffin tau ! hahaha. Tapi tengok aku baru jual barang preloved 3 item je, satu tu dah sold out macam goreng pisang pa

Macam mana cara nak ambil brim ?

Image
Ok firstly nak ucapkan tahniah kepada semua penerima brim atau BR1M ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ) sebab akhirnya setelah menunggu jawapan daripada website semakan brim tu daripada dalam proses sehinggalah status lulus. Bagi yang tak dapat sebab SSM yang dah viral dan sebagainya bertabahlah mungkin rezeki kita bukan terletak di tangan kerajaan, aku ni dapat pon sebab tengah menganggur sekarang dan takde apa-apa pendapatan.  So adakah korang baru first time menerima brim atau dah pernah dapat tapi tak tahu cara nak ambil brim bagi kelompok 1 tahun 2017 ni ? aku mari nak ajar sikit sebab semalam aku baru ambil brim ni setelah mendapat surat dari posmen  minggu lepas. Dalam surat tu ada diisikan maklumat kita  dan sekeping baucer sekali. Memandangkan aku ni bujang tak kahwin lagi so dapatlah merasa RM450 dari kerajaan tapi sekali dapat jela kalau orang dah kahwin dapat la RM400 untuk 3 bulan. Surat brim bagi individu bujang Dalam surat tu menyatakan aku kena pergi cawangan Bank Simpanan N

Mudahnya dengan easyparcel

Image
Pernah dengar tak dengar Easyparcel ? Easyparcel ni merupakan syarikat perantaraan kita dengan syarikat penghantaran yang ada di Malaysia ini seperti Poslaju, SkyNet, Gdex dan sebagainya. Mereka memudahkan kita untuk menghantar barang terutamanya untuk orang yang tidak melanggan dengan Poslaju untuk pickup barang di tempat kita kalau kita ada banyak parcel yang nak dihantar kepada customer ataupun bagi mereka yang tidak mempunyai masa atau kenderaan untuk ke syarikat courier untuk menghantar barang. Dengan easyparcel semuanya mudah dihujung jari anda sahaja. Aku tahu pasal easyparcel ni pon sebab dari iklan di Facebook, terjumpa then terus PM dorang tahu detail dan teros sign up di website easyparcel.my Untuk melanggan. Yang bestnya bila dah sign up untuk kali pertama kita akan diberi RM25 kredit percuma untuk digunakan sebagai  duit untuk bayar jumlah postage barang. Bagi harga postage barang pulak mereka akan caj lebih sedikit sebab mereka hanya medium untuk syarikat kourier ofcoz l