Main game Pac-Man di Google Maps sempena April Fool 2017

Hari ni tiba-tiba dapat notification dari facebook katanya akaun facebook aku telah di log masuk menggunakan satu apps lain dan siap bagi ip adress orang yang akses akaun tu sekali. Kemudian dengan rasa takotnya pergi check di IP location finder, sekali ip address sendiri daaaa..apalah facebook ni buat orang cuak je. saja aku bukak google maps sebab nak detect longitude dan magnitude tu sekali rumah sendiri yang keluar hahaha.

sedar tak sedar dah masuk bulan April 2017 dan harini merupakan hari April Fool, kalau dekat sekolah ni mesti ramai kawan-kawan yang nak kenakan kita dengan tagline " April Foolllll". Tadi masa buka website Google Maps aku ternampak sesuatu yang menarik la, apa dia yang menarik tu ? Ohhh rupanya google maps menyediakan permainan pac-man di mana kita boleh main game ni dan kutip coins. Dah lama tak main game pac-man ni, caranya mudah je korang pergi ke Google Maps website dan tak perlu masukkan alamat pon boleh terus main game ni. Click saja gambar insert coin dekat bawah belah kiri tu dan boleh mula main dan kutip sebanyak mana coins.

Google Maps Pac-Man

Google Maps Pac-Man

Google Maps Pac-Man

Rupanya idea ini google maps telah keluarkan masa tahun 2015 lagi dan idea ni datang balik untuk April Fool 2017. Nampaknya google dah kekurangan idea baru ni, kalau kita dapat lumba motor atau kereta dekat real street ni pon best kan ? Hope google maps terima idea aku hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada