Review Clinique Take the day off makeup cleansing oil [ Part 2 ]


Sebelum ini aku ada cerita kan apa itu teknik double cleansing dan sedikit review mengenai Clinique Cleansing oil. Disebabkan cleansing oil dah tinggal sikit so aku pon mula la mencari dekat mana nak beli produk ni. Aku pergi Sephora di Aeon tengok dekat shelf dia memang tiada produk ni, then pergi ke Parkson bahagian Skincare tu semua tiada jugak. Pelik sangat la kenapa tiada..sebab dah sold out ataupun tiada jual dekat Malaysia.

Last-last jumpa dekat website Lazada, Clinique dengan Sephora. Setelah buat perbandingan harga nampaknya Lazada letak harga yang mahal which is RM150 dan di website Clinique dan Sephora letak harga sama which is RM125. Disebabkan dua-dua website ni dapat free postage dan free sample sebab harga item lebih dari RM80 aku lebih prefer beli di Sephora sebab nak kumpul point dan dapatkan Sephora white card hehehe, itu je yang mampu, lambattt lagi( bak kata Cikgu Zaiton Wan Peah ) nak upgrade ke Sephora black card. Ini adalah first time aku beli di website Sephora dan yang penting setiap kali kita purchase dapat point, edit profile dapat point dan review product pon dapat point. Best kan ? 




Untuk purchase kali ni aku ambil Sephora Supreme Body Lotion sebagai free gift bersama dengan pembelian cleansing oil ni. Sephora buat penghantaran menggunakan Aramex dan penghantaran barang daripada Singapore. Order hari Selasa dan dapat barang hari Jumaat. Not bad la jugak kan sebabnya barang datang dari Singapore. Pantas dan efisien kan dorang ? Haaa yang datang dekat rumah bukan Aramex tapi GD Express. 



Memang pakai Clinique cleansing oil ni boleh hilangkan makeup ke ? Ye memang boleh hilangkan terus makeup, kotor dan debu di muka korang setelah seharian bermakeup ataupun lama duduk di luar yang penuh debu tu. Ada orang takut nak pakai oil dekat muka sebab muka dorang dah berminyak tapi untuk cleansing oil dia memang berminyak mula-mula then bila basuh muka akan jadi milky dan bersih. Aku nak buat test sikit dengan lipliner , lipstick dan eyeliner untuk tengok keberkesanan dia.



1. Essence Lipliner 11 in the nude
2. Essence Lipliner 08 Red blush 
3. Essence Eyeliner pen waterproof
4. In2it Line Define Matte eyeliner 
5. Silkygirl Matte Fever Lipcolor balm
6. Farmasi Matte Lipstick code 13



Hand swatches :
1. Farmasi Matte Lipstick code 13
2. Silkygirl Matte Fever Lipcolor balm
3. Essence Lipliner 08 Red blush 
4. Essence Lipliner 11 in the nude
5. In2it Line Define Matte eyeliner 
6. Essence Eyeliner pen waterproof

Gambar 1 tu aku dah swatch kan semua jenis item di atas dan ada jugak item yang waterproof so susah sikit la nak hilangkan. Gambar kedua tu aku dah sapu cleansing oil dekat tangan dan nampak tangan agak gelap sikit sebab ada lagi kesan makeup dan gambar 3 tu pulak tangan dah dibasuhkan dengan air. So nampak lebih bersih kan ? dan yang bestnya kulit rasa lebih lembut lepas guna dan tiada effect gatal atau tegang pada muka. Lepas cuci dengan Clinique cleansing oil aku cuci dengan Nivea Makeup clear 2in1 scrub as cleansing foam. Memang banyak membantu kulit aku untuk pulih dari jerawat di sekitar pipi dan dahi. Memang nampak dah perubahan sikit pada muka, maybe sebab sebelum ni tak cuci muka betul-betul tetapi lepas guna teknik double cleansing muka terasa lebih bersih dan fresh. Liang Pori-pori dekat muka pon dah tak nampak ketara sangat. Alhamdulillah.





Comments

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada