Proses pulang dan refund barang Lazada


Selama berbelanja di Lazada ni barang-barang yang aku beli semuanya ok ok sahaja cuma ada satu mini mesin jahit yang kecil and murah tu tak berapa ok sangat sebab bila nak jahit macam tersekat-sekat dan aku pon lambat bertindak dan benda tu pon dah terlambat nak pulang dan minta refund.

Baru-baru ni aku ada beli mini chopper dari Lazada konon-konon nak suprise dekat mak aku sebab mak aku pernah mintak belikan benda ni. Lalu aku pon order la dan benda ni sampai..dengan excitednya aku bukak parcel siap pasang apa semua dan terus cucuk plug untuk test. Malangnya mesin tu tak berfungsi lepas aku tekan on.

Mak aku dah bising-bising dah kenapa benda ni tak boleh la apela kan so aku terus decide bukak google untuk tengok macam mana cara proses nak minta ganti, pulangan atau refund balik duit. Google punya punya dah jumpa caranya. Rujuk gambar dan cara-cara dibawah ya.



1. Check validity of the return policy.

Pergi ke detail barang yang korang nak pulangkan tu dan cuba check pada bahagian yang aku bulatkan warna merah. Disitu ada dinyatakan yang barangan tersebut merupakan 100% buyer proctection dan Satisfaction guarantee dan juga 14 days easy return bermaksud disini pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang diterima, boleh tukar barang jika kita berubah fikiran, boleh dapat refund duit semula dan juga lazada verified-service sellers.

Jika sudah melebihi dari tempoh tarikh yang diberikan, kita boleh check status waranti item tersebut dengan direct terus pada manufacturer untuk maklumat lanjut, Detail pengilang boleh tengok pada warranty card yang kita dapat sekali dengan item tersebut.

Kena tengok jugak barang yang korang nak pulangkan tu apa jenis kerosakan yang diterima pakai oleh pihak Lazada. Kalau boleh lepas dapat parcel simpan semua item yang diberi dengan kertas invoice dan juga shipment detail kita pada muka depan parcel. Kenalpasti apa jenis kerosakan yang boleh diterima pakai oleh pihak lazada. Maklumat lanjut boleh tekan pada How to return in Customer care.






2. Fill in online returns form and print shipping label

Pada bahagian nak isi online return ni korang perlu ikut step macam ni. Pergi pada bahagian tab accout lazada dan pilih my orders. Kemudian akan keluar senarai barang-barang yang korang pernah order sebelum ni. Untuk pengetahuan korang once barang tu dah sampai barulah boleh kita proceed pada return barang. Pada bahagian manage order sepatutnya ada return link tapi disebabkan aku dah pulangkan barang tu makan link dah hilang dari situ, 

Klik pada return dan korang kena isi semua maklumat barang tu dan pilih jenis kerosakan barang yang hendak dipulangkan balik berserta dengan maklumat akaun bank. Jika hendak menggunakan perkhidmata poslaju, piih poslaju dan jika hendak menggunakan perkhidmatan lain pilih je dekat situ dan make sure baca syarat-syarat bagi setiap perkhidmatan kurier. Pilih samada nak dapat ganti atau nak dapat pulang duit balik dengan full refund. Lepas dah isi semua details item boleh pilih untuk print shipping label. Sediakan printer untuk print dan jika tiada printer save dulu form tu dan print kemudian. 


Ini aku pilih untuk hantar pakai poslaju sebab senang dan mudah kan and pihak Lazada dah siapakan sekali tracking number untuk kita so tak perlu lagi kita nak isi consignment note poslaju. Perlu diingatkan ya return form ni sila print sebanyak 4 keping sebab nanti bila dekat poslaju, orang poslaju tu akan mintak kita 4 helai form ni sebagai rujukan dorang.

3. Pack the Item(s) & attach Shipping Label on the Box

Lepas selesai semua dah packing barang yang rosak tu kedalam box dia berserta dengan semua kertas manual dan waranti dalam box tu kita siap-siap masukkan balik bagi complete set macam mana rupa kita dapat macam tu la kita pulangkan balik. Then, lepas dah siap packing masukkan barang tadi kedalam plastik poslaju atau plastik parcel biasa dan balut elok-elok jangan sampai barang tu nanti lagi damage bila dapat ke pihak Lazada. Kalau tak pasti apa yang perlu dipulangkan bersama dengan barang call hotline Lazada Malaysia.


 Apa yang perlu ada dalam plastik parcel tu ialah :


Barang yang hendak dipulangkan lengkap seperti mula-mula dapat berserta manual dan waranti


Bukti pembelian (order number atau tax invoice masa mula-mula dapat parcel )


Shipping label / online returns form  ( letak pada luar parcel untuk address  - print 4 keping ) 


4. Drop-off at courier partner

Disebabkan aku dah pilih drop-off dengan menggunakan perkhidmatan poslaju, maka aku pergi la ke kaunter poslaju. Mula-mula aku tanya pada brother dekat situ macam mana nak pulangkan barang dari ke lazada dan dia suruh aku isi borang poslaju berkontrak. Apa yang kena isi ialah tarikh, nama dan alamat berserta dengan tracking number yang diberi oleh pihak Lazada. Kemudian pergi ambil di nombor di mesin dan tunggu nombor giliran untuk dipanggil. Jangan risau sebab barang yang kita nak pulangkan ni percuma dan free postage semua dah ditanggung oleh pihak Lazada. Jika kita dikenakan charge postage boleh maklumkan pada pihak Lazada untuk refund. 



 5. Refund processing

Setelah selesai ke poslaju, maklumkan pada pihak lazada menerusi emel customer@lazada.com.my untu k follow up barang yang kita return dengan menyediakan maklumat seperti berikut :

  1. Date Item Was Returned : 01/01/2019
  2. Courier Use For Return : Poslaju
  3. Return Tracking Number : EMxxxxxxMY
  4. Postage Fee Amount (if any) : RM0.00
  5. Bank Details : 1X3-0XXXX920-XXX
Setelah itu pihak Lazada akan balas emel kita dan menyatakan bahawa barang kita tadi sudah on the way ke warehouse mereka dan simpan baik-baik tracking number poslaju tadi untuk track barang kita dengan courier service. Once barang dah sampai pihak Lazada akan maklumkan menerusi emel dan mereka akan beritahu kita jika barang tu boleh refund atau tidak.

Pemulangan duit akan ambil masa 5-15 hari untuk kita terima dan pihak Lazada akan maklumkan pada kita jika mereka dah refund atau belum. Bagi kes aku ni aku aku berjaya dapat full refund dan duit masuk kedalam akaun lebih kurang dalam seminggu selepas barang sampai ke pihak mereka.

Pesan aku dekat sini ialah jika nak beli barang elektrik lebih baik dan afdal beli di kedai elektrik sendiri ataupun Tesco, Aeon dan sebagainya sebab kita boleh test dekat situ jugak sebelum beli kan dan mungkin barang bukan elektrik boleh beli di Lazada. Jadilah pengguna yang bijak, kita boleh dapatkan hak kita balik jika kita bertindak cepat dan tahu apa proses dan prosedur yang perlu untuk pulangkan barang yang rosak.







Comments

  1. salam
    kenapa kat saya punya list item utk return tu xde utk download borang atau isi online ye?kat status barang dah ade tulis return,tp nak isi takde link borang pun??huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun sama,tk ada button return, Rupa nya Lazada tk update status delivered,bila dh update Baru Ada button return

      Delete
    2. betol. sekiranya dalam website lazada dah update status delivered, baru akan keluar button untuk return kerana selagi barang tu bukan dalam status delivered mereka akan anggap kita tak dapat barang lagi

      Delete
  2. Saya ada beli Power Bank jenama Peneng di Lazada. Mula-mula ok je barang. Selepas sebulan, ila tak masuk cas. Kena tekan wayer charger baru boleh boleh guna.

    Tapi masaahnya dah lebih tempoh 14 hari. Rasa serba salah nak refund atau tukar ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lebih tempoh 14 hari dah tak boleh nak refund atau ganti encik kamil..sy rasa kalau nak beli barang elektrik atau gadjet jgn beli di lazada, better beli di kedai sahaja

      Delete
    2. kamil, masa beli aritu berapa lama seller tu bg warranty? Kalau masih dlm tempoh waranti, boleh contact terus seller tu

      Delete
    3. Kalau resit dah buang macam mana ye?

      Delete
    4. Saya pun ada berlaku membeli Gerudi Tukul Tanpa wire dgn nilai Rm241.00 tetapi barang yang saya terima adalah Hair Iron. Saya sudah cuba utk pulangkan barang tersebut tetapi saya gagal tidak mahir menggunakan app dlm Lazada ini. Banyak kali juga saya mencuba untuk refund tetapi masih juga gagal. Lama kelamaan tempuh tarikh pemulangan tamat.
      Ada ke cara lain utk dipulangkan barang tersebut,,,??
      Boleh ke saya refund semula sebab tempuh 14 sudah tamat,,?
      Kalau saya gagal refund dan mendapatkan semula barang yang sepatutnya saya terima itu,,,,maybe selepas ini saya stop beli barang eletrik melalui Lazada,,,
      Tq

      Delete
  3. Packing pakai kotak sendiri ke? Atau kat pos laju nnt dia bagi kotak/envelop?

    ReplyDelete
  4. Kalau bukti pembelian dh buang mcm mana ye? Boleh refund balik tak?

    ReplyDelete
  5. Kenapa yg saya tk keluar mcm details tu utk di print

    ReplyDelete
  6. Lazada jual barang rosak..pui..nk return byak kje nk wat..pui..patot dtg angkat Kat umah blik la..item x function jual..menyusahkn

    ReplyDelete
  7. Saya beli pampers size xxxl...hantar..xl...barang tak rosak..cuma salah size macam mana nak dapat kan
    Balik saiz yang betul ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses yang sama rasanya. Apape pun check refund policy dia dulu.

      Delete
  8. Saya tekan refund tu kena tunggu seller respond dulu ke baru dapat form ape tu

    ReplyDelete
  9. Saya order LCD projector dapat tasbih cina ...from China lagi. Kedai seller saya beli dah tutup..boleh dapat balik tak duit .

    ReplyDelete
  10. Nama dan alamat pelanggan dalam borang poslaju berkontrak , nak tulis nama kita ker atau nama company pembekal barang?

    ReplyDelete
  11. Saya ada beli handphone di lazada tp kamera hp dia pecah dari dalam box lg..seller tu tak nak mengaku dia tuduh kami yg pecah tu hp..apa yg patut sy buat utk dpt refund sy.???

    ReplyDelete
  12. wak baru pulangkan sejadah elektronik .. hampehh

    ReplyDelete
  13. KAlau beli handfon f9
    Dpt luar f9
    Dlm a5 mcm mana eh
    Boleh refund dak

    ReplyDelete
  14. macam mne ye sy g pos laju die kata return slip tu xde no akaun pos laju jd die reject tp print lazada tu yg lazada bagi. instructiondalam tu just drop je xperlu bayar. tp pos laju rejectsbbxde no akaun pos laju dalam tu die ada bagi tunjuk sample return slip yg org lain memang ada akaun pos laju. chat gan lazada dah 2 ari xde responsed apa dah la 3 brg beli rosak nk kena hantar

    ReplyDelete
  15. Apa jadi kalau kita dah hantar balik barang rosak tu lat seller tapi lupa nak letak nombor tracking yg dia beri Kat kita

    ReplyDelete
  16. Lain order lain yg sampai.. seller drpd china... Bagaimana urusanya.. nk pos semula... Dan refund

    ReplyDelete
  17. ayah saya order benda lain, benda lain yang sampai. sebagai contoh, order tablet, then barang yang sampai tu berus bersihkan keyboard PC. barang dari China. Boleh refund tak macamtu?

    ReplyDelete
  18. https://youtu.be/ig6VrZOTRZY

    Kalau ada yg nak tangok video step by step cara return/refund

    ReplyDelete
  19. bro macam mana nak tahu account number lazada yang kena tulis di form post laju

    ReplyDelete
  20. Sy dapat duit balik.. Tapi masalah came nk pos brg blik.. Dlu kuar macam tu.. Tapi sekarang punya x kuar pn.. Kalau pakai pos luar membazir jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress