sambung belajar di UPM


photo : wokeyh.com


sekarang ni musim cuti semester 3 bulan bagi budak budak ipta maka akak pon rajin la tangan ni nak menulis blog. dengar cerita korang dapat masuk UPM ( Universiti Putra Malaysia ) ? Ya Allah dik, sila sujud syukur dan tadah tangan berdoa sekarang jugak sebab beribu lagi orang lain yang nak sambung study tapi tak dapat peluang macam kamu semua.

" UPM bukan first choice saya, and bukan kos pilihan saya...macam mana nak move on ni ? "


jangan risau, akak pon dulu sama macam ko jugak sebab UPM ni merupakan last choice akak, nak taknak kena redhakan jugak ketentuan illahi ni. lagipun kalau korang pergi U lain macam UKM, UMP, UTM, UTEM, UNITEN dan U & i C sekalipon kalau korang tak fokus pada sesuatu pembelajaran tu tak kan kemana jugak kan ?

" aku ambil engineering susah nak mati, aku tengok student ambil kos bahasa rilek je..."


semua kos ada susah senangnya dan jangan nilai sesuatu tu dari sudut pandangan luar, budak bahasa memang nampak rilek asyik bergaya je pergi kelas kan tapi ko tau apa dorang belajar? haa dont simply nak judge orang. niat dalam hati tu kita datang sini nak belajar, nak bagi mak ayah bangga dengan pencapaian kita, jangan malukan keluarga dan jangan malukan diri. kalau tetiba terjatuh cinta la pulok dalam U ni, kalau boleh jangan lah layankan perasaan sangat. ko kena ingat yang ko ada 4 tahun masa nak belajar, kalau dibuatnya tetiba dia ada orang lain dan korang pon putus...ko rasa ? tak ke kecewa kalau macam tu ? 



kalau nak diikutkan belajar dekat UPM ni memang best dan awesome sangat cuma aku je belum menikmati semua keindahan UPM ni. kalau nak terokai habis habisan kena ada kenderaan sendiri, tak kan aku nak suruh driver bas bawak aku jalan jalan kelilingi UPM. dah la driver bas kat sini semua garang garang belaka, mood swing orang puteh kata tapi tak semua la hanya segilintir. maka adik adik semua kena beringat la jangan nak naikkan kemarahan pakcik pakcik driver kat UPM ni kalau tak nahas la korang kena maki depan orang ramai. 


kawasan dia memang luas kalau korang masih baru dalam kawasan UPM ni tapi nanti dah lama korang akan rasa yang UPM ni kecik je sebenarnya, balik balik kat situ jugak hahaha. aku ni walaupun tinggal setahun je lagi nak habis, aku tak pernah pergi lagi ladang 16 yang popular tu, ladang yang pernah jadi lokasi pengambaran lagenda budak setan. setakat lalu je adalah, tapi tak pernah lepas dari gate ladang tu, tunggu konvo la kot baru dapat bergambar kat sana. Ya Allah kesiannn dengan diri sendiri.




bab stay kolej ni korang jangan risau. kalau korang dapat tawaran belajar dekat UPM ni dan dapat stay dekat kolej lembah atau kolej tradisi makanya korang akan jadilah seorang monster pengumpul merit yang tegar. tapiii kalau korang dapat stay kolej serumpun mai nak seppp sikit. buat pengetahuan adik adik kolej serumpun ni merupakan kolej swasta makanya korang tak payah susah susah nak kumpul merit untuk stay kolej, korang perlu bayar sahaja harga bilik untuk satu sem yang telah termasuk di dalam yuran kolej. kolej dalam UPM ni banyak, ada sampai 17 kolej, nanti once korang dah masuk sini korang tau la macam mana.


aku nak habaq sikit pasal transport sendiri ni, kalau diikutkan memang budak first year tak boleh membawa kenderaan sendiri sebab memang dalam peraturannya dah diletakkan begitu tapi aku tengok ramai je langgar, maklum la undang-undang dibuat memang untuk dilanggar kan ? hahaha tepuk dahi
tak boleh bawak tu ada la sebabnya, salah satu sebabnya ialah parking dekat dalam UPM ni memang terhad untuk student tambah tambah lagi kalau nak park dekat kolej. senang cerita banyak yang kena saman sebab bawak kereta sendiri. duit yuran yang kita bayar setiap sem tu janganlah dibazirkan sebab dalam yuran tu dah termasuk sekali yuran untuk pengangkutan.tapi kalau korang memang anak orang kaya, mak ayah ada aset sampai RM2.6 billion tu akak tak kesah. janji akak pergi kelas naik bas. hahahaha. 


aku sibuk duk cerita dekat adik adik ni pasal UPM, aku punya report final year project tak siap lagi ni haaa..macam mana ? ok bye.





Comments

  1. Assalamualaikum, akak, kalau dpt asper lps tu mse degree kite nk pergi smbung kat u lain bleh ka?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, akak, kalau dpt asper lps tu mse degree kite nk pergi smbung kat u lain bleh ka?

    ReplyDelete
  3. Sy ex student upm graduate last year..sgt rindu upm..wpon dulu ms blajar rasa cam "hek eleh..xbes pon upm"..tp sbenarnya itulah yg dirindu nnt bila dah habis bljr..upm the best! Rindu nk jogging dkt bukit ekspo..rindu flat ikan..rindu bazar dkt serumpun..rindu everything 'bout upm..one of the best experience in my life..^_^ dulu ms sy blajar, bas upm still kontrak dr nadiputra..all the drivers were friendly..tp sekarang dh kontrak baru kn..btw, students life ni seronok..so, enjoy while u still can ^_^ miss upm so muchh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon rindu upm jugak, baru je habis intern dan akan konvo bulan 10 nanti. alhamdulillah dapat kerja pon dalam upm juga, so tak lari jauh dari upm. hehehe

      Delete
  4. tp kenapa time nak naik bas susah sangat nk g kelas. kadang kena rasa azab jalan kaki tuh hmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada