Resipi roti poket rangup yang mudah


Aku sebenarnya suka sangat kalau ada orang share resipi dekat facebook, memang aku akan save or screenshot la semua resipi yang best best tu, yela karang bila dah scroll2 timeline takut hilang pulak and terlupa siapa la yang share tadi

Aku ada terjumpa satu resipi ini namanya resipi poket doraemon. Haa ko rasa tak ke teruja nak cuba resipi tu ? dia bukanlah poket doraemon sangat tapi roti poket macam kita beli roti pita nak makan kebab tu. Ok jom belajar masak cara-cara membuat roti poket rangup by chepmora !



Nampak menarik tak cubaan pertama aku ?

-        


Bahan-bahannya :

-          Roti
-          Telur
-          Cornflakes dihancurkan ( serbuk roti pon boleh ) - untuk jadikan roti lebih rangup
-          Gelas

Cara-cara membuatnya :
   
-          Hancurkan cornflakes sehingga menjadi serbuk
-          Ambil beberapa biji telur, pecahkan telur kedalam mangkuk dan kacau
( telur bergantung pada jumlah bilangan roti )




  •   Ambil 2 keping roti , tekapkan roti tu sehingga kedua-duanya melekat
  •      Bila roti dah melekat, ambil gelas untuk membuat bentuk bulat pada roti


  Buang lebihan pada tepi roti




  •       Roti yang sudah sedia bulat tadi celupkan kedalam telur       Selepas semua bahagian roti sudah    dicelup ke dalam telur, salutkan roti pada serbuk cornflakes.



  •           Goreng dengan minyak panas
  •           Selepas roti sudah masak angkat dan toskan minyak, biarkan sejuk seketika.



  •           Setelah sejuk, belah roti menjadi dua
  •           Lihat garisan pada tengah roti , belah garisan tersebut untuk membentuk poket.


  •           Setelah dibuka, masukkan inti ke dalam poket roti.
  •          Inti bergantung kepada citarasa masing-masing.
  •           Tapi aku guna sosej campur dengan telur dan sos cili.
  •          Cadangan inti : Sardin, ubi goreng
  •           Siap. Sedia untuk dimakan.


Comments

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada