5 sebab kenapa Bora-bora antara tempat tercantik di dunia


Sudah pasti anda semua tahu kan bahawa sedang hangat diperkatakan di media sosial destinasi bulan madu pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen di Kepulauan Bora-bora yang merupakan antara tempat yang tercantik di dunia. Maka berhuhuhu la semua orang yang melihatnya dek kerana tempat yang terlalu cantik dan sudah pasti menelan belanja beribu ringgit. Mungkin ada belum tahu Bora Bora adalah sebuah pulau di gugusan Leeward dari Kepulauan Masyarakat, Polinesia Perancis, sebuah jajahan seberang laut Perancis yang terletak di Pasifik Ocean . Pulau ini terletak sekitar 230 km (140 batu) dari barat laut Papeete. Pulau ini dikelilingi sebuah lagun dan deretan terumbu karang. Di tengah-tengah pulau terdapat bekas sebuah gunung berapi yang memiliki dua puncak, Gunung Pahia dan Gunung Otemanu.









1) Air 

Lagun dan laut sekitar Bora Bora akan kelihatan lebih banyak warna dan warna-warna biru daripada apa yang anda tidak pernah bayangkan. Apabila anda sampai kesini, ianya akan jelas kelihatan dari 'over-water' banglo anda atau dengan menaiki bot dari satu tempat ke tempat yang lain, anda akan berasa terpegun dengan perubahan warna yang anda saksikan ini. Tidak cukup dengan hanya melihat airnya, Bora Bora merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Jerung dan ikan pari adalah antara dua tarikan utama bagi para penyelam berpengalaman dan baru. Anda juga akan dapat melihat terumbu karang yang menakjubkan dengan ikan kecil daripada pelbagai warna serta makhluk laut yang lain. Menarik bukan ?



2) Pemandangan

Pemandangan yang terdapat di Bora-bora ini pasti bernilai tinggi kepada mereka yang menggemari akan keindahan laut tetapi jangan lupa untuk menerokai tempat lain yang tak kurang hebatnya. Pergunungan hijau dan lembah yang berhutan di Pulau ini khusus bagi orang-orang yang menggemari aktiviti mendaki gunung. Mendaki Gunung Pahia adalah salah satu puncak pusat di Pulau ini tetapi bukan tempat bagi pendaki gunung beginner, tetapi pemandangan dari bahagian atas puncak ini amat berbaloi untuk para pendaki menikmatinya. Untuk lebih banyak penerokaan, menyewa basikal dan berpusing mengelilingi pulau ini amatlah digalakkan.



3) Kepulauan 

"Motus" adalah Pulau-pulau kecil yang dihiasi sekitar Bora-bora (dan seluruh Polinesia Perancis). Kebanyakan daripadanya adalah dimiliki secara private, dengan menggunakan bot adalah cara terbaik untuk melihat dikawasan sekitar pulau kecil ini. 


4) Penduduk

Gaya hidup santai bukan hanya untuk pelawat ke Bora Bora malah penduduk tempatannya juga hidup dengan falsafah "aita pea pea" (Jangan bimbang) dan itu hanya sebahagian dariapada apa yang menjadikan mereka tuan rumah yang mesra dan mengalu-alukan kedatangan pelawat ke sini. Budaya tempatan dinyatakan melalui makanan, tarian dan seni. Ia merupakan sebahagian penting bagi trip ke Bora Bora ini, dan penduduk di pulau tersebut adalah lebih daripada gembira untuk berkongsi pengalaman dengan anda.



5) Mewah 

Jika anda pernah teringin ke sesuatu tempat yang best dan kelihatan mewah, ia semestinya Bora Bora. Resort yang menawarkan tahap perkhidmatan yang terbaik daripada segi makanan serta kemudahan-kemudahan yang tiada tandingannya. Banglo-banglo Villa yang mungkin paling didambakan dalam semua penginapan, dan anda akan dapati beberapa Resort yang menawarkan perkhidmatan seperti Sarapan Pagi yang disampaikan oleh outrigger canoe.


Maka nikmat apa lagi yang perlu didustakan di atas muka bumi ini ? Semua Allah cipta dengan cukup indah untuk kita nikmati bersama. Tapi bagi rakyat marhaen macam kita ni tak mampu la nak datang sini, hanya mampu menatap keindahan dari dalam gambar jela. Langkawi pon ok what ? Cantik jugakk...

Comments

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada