12 perkara yang perlu anda tahu untuk mendapat percutian yang lebih baik



1. Menggulung pakaian di dalam beg baju

Cara ini adalah sangat mudah bagi mendapatkan penjimatan ruang di dalam beg anda ketika packing beg untuk travel.





2. Gunakan tali pinggang untuk membentuk kolar baju




3. Tempah tempat duduk di bahagian tepi lorong laluan dan tepi tingkap ( window and aisle )

Jika anda travel berdua, pastikan anda memilih tempat duduk di bahagian tepi lorong laluan dan tepi tingkap kerana bahagian ini adalah tempat yang menjadi pilihan ramai penumpang. Jangan memilih tempat duduk dibahagian tengah kerana anda tidak akan dapat menikmati suasana keindahan di luar.



4. Gunakan cereal container sebagai tong sampah

Selalunya perjalanan di dalam kereta akan memakan masa yang lama dan anda mesti akan makan di dalam kereta ketika waktu perjalanan, bagi mengelakkan kereta anda menjadi tempat pembuang sampah, gunakan cereal container sebagai tong sampah.




5. Photostat semua dokumen penting dan hantar pada e-mail

Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ketika anda dalam percutian seperti dirompak, dicuri ataupun hilang sehingga tidak dapat dikesan. 





6. Gunakan masking tape sebagai penutup botol

Ini bagi mengelakkan cecair didalam botol tersebut tumpah dan terkena pada barang-barang lain di dalam beg anda sehingga menyusahkan anda untuk mencucinya.




7. Gunakan beg plastik sebagai portable kedudukan smartphone 




8. Jika memandu di tempat baru, gunakan google maps untuk menandakan kedudukan tempat parking kereta anda

Cara ini dapat mengelakkan anda daripada terlupa dimana tempat parking dan menjimatkan masa untuk mencari kereta.




9. Jadikan beg anda fragile

Ini bermakna bahawa bukan sahaja ia perlu dijaga dengan baik tetapi ia juga boleh digunakan untuk meletak barang di bahagian tempat pemegang.  Pastikan juga beg yang anda letak dapat ditampung oleh beg itu bagi mengelakkan beg anda rosak.



10. Lindungi beg dengan beg plastik 

Jika anda ingin mengembara atau sekadar berjalan keliling bandar tetapi tiada bagpack yang kalis air, jangan risau , lindungi beg anda dengan membalutnya dengan plastik supaya beg anda kekal kering walaupun ketika hujan.




11. Gunakan tisu toilet roll sebagai speaker

Tak payah susah susah untuk membawa speaker anda ketika bercuti, dengan hanya menebuk lubang pada tisu toilet roll dan masukkan handphone anda kedalamnya. 




12. Gunakan private browsing atau memadam cookies ketika membuat tempahan tiket 

Untuk pengetahuan anda ,sesuatu laman web gemar menggunakan sesuatu yang dipanggil " dynamic pricing" dan akan mengesan apa yang kita buka ketika membuat carian dan mereka akan menaikkan harga apabila mereka mendapat tahu yang kita ini berminat dengan penerbangan. Gunakan private browsing seperti incognito ketika membuat carian di internet dan delete semua cookies untuk mengelakkan pencarian anda dikesan.




Comments

Popular posts from this blog

Maybank kenakan charge debit advice untuk kad debit setiap tahun

Beli barang murah di AliExpress

Proses pulang dan refund barang Lazada