braces tu sakit ke ?
selalu orang cakap soalan-soalan killer bila tibanya musim raya be like ;
" ko bila nak kahwin ? " *
" ko bila lagi ? " *
" dah ada calon ke belom ? " *
" tunang dah lama, bila nak kahwinnyer ? " *
* baca dengan sekali lafaz ok
nasib la aku tak dapat soalan killer ni time beraya baru-baru ni, kalau tak memang aku dah sedia macam-macam jawapan sebab aku memang suka menjawab * biadap sangat hahaha ! tapi soalan yang dituju dekat aku ialah pasal BRACES. ye breyyy sesss kata ko. orang melayu cakap gigi besi.
aku dah pakai braces ni start daripada aku mula-mula masuk UPM dulu which is rasanya seminggu selepas aku daftar. sekarang ni aku dah berada kat UPM dah 3 tahun so maknanya dah 3 tahun aku pakai gigi besi ni. tapi ada jugak orang duk tanya aku soalan yang sama, sakit ke pakai braces tu ? rasa macam mana? tak ngilu ke bila nak makan ? bila lagi nak bukak braces tu ? balik balik soalan cliche yang aku terima * fliphair
actually aku pon tak tahu nak explain macam mana lagi sebabnya aku dah terbiasa pakai gigi besi ni semenjak dari sebulan benda ni dok bermastautin dalam mulut aku. dia macam ko dah rasi so bila dia dalam mulut dah tak rasa apa. takdela sakit pon, yang sakitnya bila ko mula-mula nak pakai tu sebab tak biasa kan sampai bengkak la jugak lelangit aku time tu sebab makanan tak boleh nak kunyah, so kena guna lelangit je untuk tekan tekan makanan tu sampai lembik. al maklumla kena cucuk bius sampai 8 kali dan 4 batang gigi kena cabut. ko rasa ???
tapi mak aku cakap sebab aku yang nak sangat pakai so kena tahan la katenye. baiklah mak, memang aku dah bertahan sampai ke tahap ni. Alhamdulillah. yang bab bila nak bukak braces tu aku pon tak dapat bagi jawapan yang tepat, sebab doktor kata tempoh pakai 4 tahun . tapi kalau korang rasa nak pakai tu pakai jela, jangan takut. sebab masa aku memula nak pakai tu aku pon banyak review blog blog yang cerita pasal braces. sampaikan aku naik takut nak pakai. tapi akhirnya aku kuatkan diri jugak demi masa depan negara dan bangsa.
nak tanya apa-apa tanya jela, tapi jangan tanya braces tu sakit ke tak ok ? hahahaha
Comments
Post a Comment